in

20 keluarga di Kuala Sentul dipindahkan ke PPS

Datuk Jasri Jamaludin

MARAN, 8 Januari – Seramai 57 penduduk terjejas banjir dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Kuala Sentul direkodkan sehingga petang tadi.

ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin berkata, mereka kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, bomba dan penduduk setempat.

“PPS pertama di Jengka 6 yang menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga.

“Manakala PPS kedua pula di Balai Raya Kampung Jara yang menempatkan 15 keluarga dengan jumlah keseluruhan 34 mangsa,” katanya.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan sejak Sabtu mengakibatkan banyak kawasan rendah dinaiki air hingga memaksa penduduk berpindah ke PPS.

Katanya, laluan menghubungkan bandar Maran ke pekan Kuala Sentul, berhampiran kuil Sri Marathandavar Aalayam dekat Sungai Jerik turut dinaiki air.

Laluan sepanjang kira-kira 300 meter itu ditutup sementara untuk kenderaan ringan bagi mengelak kejadian tidak diingini.— nasionalkini.my

Laluan utama ditutup akibat limpahan air banjir

Jangan pandang rendah Harimau Malaya