in

Polis kenal pasti 59 lokasi panas PRN Terengganu

Mazli (kiri) mengiringi Ayob Khan setibanya di IPK Terengganu hari ini

Oleh Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU, 13 Julai – Polis Terengganu sudah mengenal pasti 59 lokasi panas di negeri ini yang perlu diberi perhatian sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lokasi itu membabitkan 13 kawasan di Kuala Terengganu, Dungun (11), Setiu (10), Kemaman (sembilan), Hulu Terengganu (lapan), Besut (empat) dan empat di Marang.

Katanya, seramai 4,468 orang pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di seluruh negeri ini bagi memastikan proses PRN berjalan lancar.

“Berdasarkan pemerhatian pihak PDRM, isu kecil yang sering menjadi punca perbalahan ini, boleh dikurangkan atau dihindarkan pada PRN kali ini,” katanya dalam sidang media selepas mengerusikan Taklimat PRN di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan.

Menurutnya, pegawai dan anggota pelbagai pangkat itu turut membabitkan bantuan dari negeri berhampiran dan mereka ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman semasa hari penamaan calon, sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan tarikh mengundi bagi PRN di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan pada 12 Ogos depan.- nasionalkini.my

Buta bukan halangan untuk cemerlang

Bunuh rakan asrama kerana lambat buka pintu