in

Bunuh rakan asrama kerana lambat buka pintu

IMG 20230713 172854 800 x 500 pixel
Lokasi kejadian seorang warga Nepal maut dipercayai dibunuh rakan sebiliknya sendiri di sebuah asrama pekerja di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka petang semalam

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 13 Julai – Hanya kerana sering lambat membuka pintu rumah dan meminjam wang, seorang warga Nepal maut dipercayai dibunuh rakannya.

Kejadian itu berlaku di asrama pekerja dekat Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di sini, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu melalui talian MERS 999 jam 6.42 petang.

Panggilan itu dibuat oleh majikan mangsa yang memaklumkan penemuan satu mayat lelaki dalam premis berkenaan.

“Sebaik tiba, polis menjumpai satu mayat lelaki dalam keadaan tidak berbaju berlumuran darah dengan kesan dijerut pada leher di dalam tandas rumah kedai tiga tingkat itu.

“Turut dijumpai adalah sebatang kayu dan kabel telefon berhampiran si mati,” katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Susulan kejadian itu, polis berjaya memberkas suspek yang warga Nepal berusia 20 tahun.

Suspek adalah rakan sebilik mangsa dan ketika ditahan, suspek dipercayai dalam perjalanan menuju Utara menaiki bas.

“Suspek ditahan ketika bas itu berhenti di Hentian Rawat dan Rehat Pedas-Linggi jam 11.30 malam tadi.

“Dia kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Christopher.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230713 163102 800 x 500 pixel

Polis kenal pasti 59 lokasi panas PRN Terengganu

IMG 20230608 102414 6 x 4 inch

Jenama semula istilah dalam sistem Tingkatan Enam