KUANTAN, 29 Jun – Pimpinan dan ahli PKR Indera Mahkota merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden parti itu, Dr Syed Husin Ali yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail berkata, semua warga PKR sangat terkesan dengan berita mengejutkan itu.
“Menerima perkhabaran duka, mantan Timbalan Presiden Keadilan Dr Syed Husin Ali telah kembali ke rahmatullah.
“Takziah daripada kami warga Keadilan Indera Mahkota.
“Kami semua turut bersedih atas berita ini dan mendoakan agar seisi keluarga tabah menghadapinya dan ditempatkan arwah kedalam syurga-Nya… Amiin,” katanya. – nasionalkini.my