in

PAS Relief terima sumbangan hampir RM370,000 untuk Palestin

Penyerahan Mock Cheque oleh PAS Pahang kepada wakil PAS Relief

KUANTAN, 6 Disember – Sejak dilancarkan awal Oktober lalu, derma untuk Palestin hasil inisiatif PAS Pahang berjaya mengutip RM369,632.

Hasil kutipan derma itu diserahkan kepada wakil PAS Relief yang juga Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di perkarangan Wisma Sri Pahang, hari ini.

Tuan Ibrahim adalah ADUN Cheka dan Ketua Pembangkang DUN Pahang.

Penyerahan dilakukan Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar yang juga ADUN Tanjung Lumpur.

Sementara itu, Bendahari PAS Pahang, Shahril Azman Abd Halim melalui hantaran di Facebook memaklumkan jumlah kutipan derma itu berjaya dikumpul dalam masa kira-kira dua bulan.

Dia yang juga ADUN Jengka berkata, penyerahan mock cheque itu dilakukan di Kuantan bersempena sidang DUN yang sedang berlangsung sejak Isnin lalu.

Dalam pada itu, ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin turut berkongsi majlis penyerahan cek berkenaan di laman sosial Facebook miliknya.

“Semoga dengan bantuan kewangan ini dapat membantu penduduk (Palestin) mendapatkan bekalan makanan dan perlindungan memandangkan sekarang mereka sedang menghadapi musim sejuk,” katanya.— nasionalkini.my

Pihak berkuasa perlu ambik tindakan terhadap Victor Yong

Kurikulum Persekolahan 2027 ‘wajah baharu’