in

Tempoh sidang DUN terlalu singkat, banyak isu tak dijawab

Gambar ihsan Facebook rasmi Tuan Ibrahim Tuan Man

KUANTAN, 8 Disember – Masa untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tidak mencukupi bagi membahaskan perkara berbangkit.

Ketua Pembangkang DUN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat beberapa perkara dibangkitkan tidak dijawab Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Hari ini persidangan terakhir, Jumaat, 8 Disember 2023 di mana menteri besar telah pun menjawab beberapa perkara dibangkitkan, walaupun tidak semua perkara dibincangkan dalam perbahasan diulas olehnya.

“Antara yang saya pertikaikan ialah cukai hasil negeri, cukai ruang udara yang tahun lepas kita dapat RM3 juta, tahun depan kita dapat RM200 sahaja – tidak dijawab beliau.

“Saya tengok analisa tentang hasil, banyak hasil ini angka agak luar biasa, tapi kita tidak punya masa untuk membahas sebab dibahasnya hanya tentang belanjawan peruntukan kepada agensi kerajaan, pejabat daerah dan sebagainya,” katanya menurut laporan Harakahdaily.

Hadir sama dalam sidang media itu adalah ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS turut melahirkan rasa dukacita di atas peruntukan yang masih belum diberikan kepada ADUN pembangkang yang mendapat mandat rakyat.

“Peruntukan masih lagi tidak diberi kepada semua ADUN (pembangkang) walaupun masing-masing dengan peruntukan RM12 juta lebihan sepatutnya kerajaan memberi peruntukan kepada wakil rakyat dipilih.

“Nampaknya kita hanya ada dua pilihan, kalau dia (kerajaan) tidak bagi peruntukan kita kena ambil alih,” tegasnya yang juga ADUN Cheka.— nasionalkini.my

Lima air terjun ‘permata tersembunyi’ Kuala Sentul

Lampu jalan perlu dipasang di Jalan Bukit Gajah