in

Sanusi kekal calon PRN

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA TERENGGANU, 20 Julai – Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS memutuskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikekalkan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan mengekalkan Muhammad Sanusi diputuskan dalam mesyuarat diadakan pada petang semalam.

Jelas beliau, ia berikutan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu belum hilang kelayakan untuk bertanding dan hanya baru berdepan proses pertuduhan di mahkamah.

“Kita telah putuskan bahawa beliau (Muhammad Sanusi) dikekalkan sebagai (calon) pilihan pertama.

“Tak ada masalah sebab dia akan bicara pun pada Oktober nanti.

“Setakat ini kita tak meletakkan sebarang syarat kepada beliau sebab apa yang kita lihat, pertuduhan terhadap beliau itu lebih bersifat kepada usaha untuk menggugat (kedudukan) beliau.

“Kita akan lihat bagaimana proses pendakwaan ke atas beliau nanti,” katanya lapor Sinar Harian.

Tuan Ibrahim berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menghadiri ceramah pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang di sini pada malam tadi.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Beliau memberitahu, PAS juga bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan berhubung keputusan yang akan dibuat mahkamah selepas proses perbicaraan ke atas Muhammad Sanusi.

“Kita ready (sedia) dengan apa-apa (kemungkinan) yang bakal berlaku sebab keputusan itu mengambil masa yang panjang.

“Kita akan tunggu dululah perbicaraan dia dan keputusan dia nanti. Selepas itu baru parti akan buat keputusan.

“Pertuduhan ke atas beliau (Muhammad Sanusi) pun lebih bersifat usaha untuk menekan.

“Tapi saya nak kata, beliau dianggap menghina raja, saya berulang kali dengar (ucapan) tak ada disebut pun (penghinaan) institusi diraja Selangor.

“Secara peribadi kalau berlaku kesilapan dalam ucapan beliau, mungkin tak ada sebarang sekatan kepada beliau dan beliau lebih tahu apa yang beliau perlu ucap dan sebagainya,” ujarnya.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Jota penyelamat maruah Liverpool

90 juta langgan saluran YouTube Blackpink