in

Ringgit susut berbanding dolar

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan penurunan kadar tidak dijangka oleh China hari ini.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.6335/6385 berbanding dolar AS 4.6140/6175 semalam.

Penurunan sejak awal bulan ini menyaksikan mata wang tempatan susut 2.8 peratus berbanding dolar AS iaitu daripada 4.507 kepada 4.633

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata China secara mengejut mengurangkan kadar dasar utama, pengurangan kedua tahun ini, menandakan bank pusat itu komited untuk menyediakan sokongan bagi pertumbuhan ekonomi.

Dilaporkan bahawa Bank Rakyat China secara tidak dijangka mengurangkan kadar kemudahan pinjaman jangka sederhana (MLF) setahun sebanyak 15 mata asas kepada 2.5 peratus daripada 2.65 peratus.

“Yuan China dan ringgit adalah gandingan yang berkait rapat. Oleh itu, sebarang kelemahan yuan akan mempunyai kaitan langsung dengan ringgit.

“Kami melihat gandingan dolar-ringgit susut kepada RM4.6335,” katanya kepada Bernama.- nasionalkini.my

Nassuruddin MB baharu Kelantan

Konsert Tiba Masa Zainal Abidin bulan depan