in

Kelar ibu lepas ditegur buat bising

IMG 20230619 WA0002
Seorang wanita ditemukan mati dipercayai dikelar anaknya di Taman Temiang Utama, Muar, Johor

Oleh Luth Adwa

MUAR, 19 Jun – Berang ditegur kerana membuat bising, seorang anak mengamuk dan memukul kepala seorang wanita dipercayai ibunya menggunakan senjata tajam di Taman Temiang Utama di sini.

Akibatnya, ibunya yang berusia 73 tahun meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta leher.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 8.20 malam tentang kejadian pergaduhan keluarga menggunakan senjata tajam.

“Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa terbunuh dalam tempat kejadian itu kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta leher. 

“Kejadian dipercayai berlaku akibat tindakan mangsa menegur suspek kerana membuat bising, menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan senjata tajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamry berkata, suspek lelaki yang merupakan anak mangsa berusia 47 tahun ditahan oleh pasukan polis di tempat kejadian.

“Polis merampas sebilah pisau dapur dan kapak yang disyaki senjata digunakan suspek dalam kejadian ini.

“Siasatan awal pihak polis mendapati suspek mempunyai rekod psikiatrik lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya. – nasionalkini.my

Gandingan Search – Barbarik untuk Double Trouble 2 

Jurugambar profesional antara pemenang di Bukit Fraser