in

Tuntutan ahli parlimen Raub tidak wajar

Tuntutan ahli parlimen Raub, Chow Yu Hui supaya pengusaha durian 'Musang King' dipertimbangkan mendapat geran tanah serta kebenaran bercucuk tanam adalah tidak wajar - Gambar hiasan

KUANTAN, 18 Jun – Pemuda UMNO Pahang menyifatkan tuntutan ahli parlimen Raub, Chow Yu Hui supaya pengusaha durian ‘musang king’ dipertimbangkan mendapat geran tanah serta kebenaran bercucuk tanam adalah tidak wajar.

Ketuanya, Mohd Kamil Ibrahim berkata, tuntutan itu menyebabkan lebih ramai pihak tidak bertanggungjawab akan menggunakan taktik sama untuk menuntut tanah.

Menurutnya, segala tuntutan perlu berlandaskan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Tubuh Negeri.

“Harus diingat, negara ini berlandaskan undang-undang dan berperlembagaan. Segalanya ada proses dan tatacaranya.

“Sebelum ini, kerajaan negeri telah mencadangkan penyelesaian yang terbaik tetapi ditolak.

“Kalau taktik ini diteruskan, maka siapa-siapa sahaja boleh tuntut tanah di tengah-tengah KLCC dengan menanam sebatang pokok durian adalah tanah miliknya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Ahli parlimen Raub, Chow Yu Hui

Mohd Kamil yang juga Ketua Pemuda UMNO Raub menegaskan, selama ini kerajaan negeri telah mengalami banyak kerugian dari segi cukai.

“Ia sepatutnya boleh menjadi hasil yang boleh dipulangkan semula kepada rakyat dengan cara bantuan wang tunai, kebajikan atau pembangunan infrastruktur.

“Kita faham beliau (Yu Hui) mesti tunjuk yang dia buat kerja tetapi mestilah berasaskan undang-undang dan realiti,” tambahnya.

Yu Hui dilaporkan berkata sedemikian pada sesi perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Dewan Rakyat baru-baru ini. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Indonesia tempah 13 radar jarak jauh

Screenshot 2023 06 18 205350

[VIDEO] Seorang maut, puluhan cedera dalam tembakan rambang sambutan Juneteenth di USA