in

Jenazah Mohd Syuib dikebumi di Kemaman

Jenazah Mohd Syuib dibawa keluar selepas solat - Gambar oleh BH

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Jenazah jurulatih Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang maut ketika menjalani latihan menembak senjata bantuan dan bom lempar di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, semalam, akan dikebumikan di Kemaman, Terengganu.

Jenazah Koperal Udara Mohd Syuib Bidin, 33, dibawa menggunakan helikopter EC 725 milik TUDM dari Hospital Segamat ke Kolej Vokasional Kemaman kira-kira jam 10 pagi hari ini, lapor BH.

Helikopter itu diterbangkan dari Kem 4 Rejimen Artileri Diraja Gemas ke kolej berkenaan selepas menerima panggilan dari Markas Wilayah Udara 1 (TUDM Kuantan) jam 12.36 tengah malam tadi.

Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin – Gambar oleh BH

Jenazah dirancang dibawa pulang ke kampung halaman isterinya, Nur Faziera Izam di Kampung Lot Sri Jaya, Binjai, Kemaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kapur, Kemaman.

Terdahulu, media melaporkan dua anggota TUDM maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, semalam.

Difahamkan seorang jurulatih lagi parah dalam kejadian jam 12 tengah hari itu ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

20230511 101730

2 tuduhan untuk Inspektor Sheila

0E665D34 2530 4315 9E61 757AC25FA140

Bekalan telur cukup tahun ini, kata persatuan