SHAH ALAM, 26 Jun – Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan ugutan dan menghina kesopanan masing-masing mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Jenayah 1, Selayang, hari ini.
Sheila Sharon Steven Kumar hadir ke Mahkamah Selayang pada jam 8.55 pagi tadi atas pertuduhan kes ugutan jenayah dan berkelakuan tidak sopan, lapor Sinar Harian.
Dia hadir ke mahkamah dengan berbaju kelabu dan bersut hitam ditemani peguamnya, M Manoharan.
Sebelum ini tular dalam tiga video berasingan sejak 16 Jun lalu dengan dua daripadanya menunjukkan perbuatannya menghina anggota berpangkat rendah, sementara satu lagi kes pula membabitkan pertengkarannya bersama orang awam ketika sedang berada di kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur. – nasionalkini.my