in

Bekalan telur cukup tahun ini, kata persatuan

0E665D34 2530 4315 9E61 757AC25FA140
Gambar hiasan

Adam Aariz

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) memberi jaminan bekalan telur mencukupi untuk kegunaan domestik sehingga akhir tahun ini.

FLFAM dalam kenyataan berkata tiada tanda-tanda kekurangan bekalan bahan mentah yang serius bagi pengeluaran makanan ayam.

“Bekalan makanan ayam semasa adalah mencukupi. Negara juga bebas daripada wabak penyakit ayam yang serius,” menurut kenyataan itu.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan bekalan telur diramal merosot 50% kepada 585 juta biji menjelang Disember, berikutan kegagalan kerajaan menangani masalah bekalan anak ayam serta dedak.

Laporan itu juga menyebut negara diramal mengalami masalah bekalan ayam menjelang Ogos apabila wakil persatuan ternakan ayam di wilayah tengah Semenanjung, turut mengesahkan perkara itu. – nasionalkini.my

Jenazah Mohd Syuib dikebumi di Kemaman

341266328 1276275783322529 5343845094067841031 n

Bekalan ternakan untuk korban mencukupi