in

Jenazah Fikri selamat dikebumikan

Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat pada pagi tadi - Gambar oleh Sinar Harian

BATU PAHAT, 8 Julai – Jenazah mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, Muhammad Fikri Saliman, 24, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda di sini pada jam 7 pagi tadi.

Jenazah Muhammad Fikri yang dibawa menaiki van jenazah bertolak dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kira-kira jam 10 malam tadi.

Van jenazah diiringi peronda polis itu tiba di pekarangan Masjid Sri Pengkalan, Kampung Parit Kuda pada jam 4.15 pagi untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Sebelum itu, mayat Muhammad Fikri yang juga tunang kepada Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, seorang daripada mangsa lemas ditemui jam 9.20 pagi pada Jumaat.

Sabtu lalu, sembilan sekeluarga dari FELDA Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu keluarga tersebut dari Batu Pahat, Johor dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air.

Setakat ini, sembilan jasad mangsa tragedi itu telah ditemukan sejak tujuh hari operasi pencarian dijalankan bermula Ahad lalu.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

20230513 101921

Lelaki rentung dalam kebakaran

Kelantan kena bayar Belfort lebih setengah juta