in

Lelaki rentung dalam kebakaran

20230513 101921
Gambar hiasan

PUCHONG, 8 Julai – Seorang lelaki maut dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Seri Puchong, dekat sini awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 pagi dan tiba di lokasi 10 minit selepas itu.

Beliau berkata, kejadian melibatkan sebuah rumah dua pintu di atas tanah lot yang terbakar 90 peratus.

Bagaimanapun kata beliau, api berjaya dikawal jam 3.11 pagi oleh pihak bomba.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki berusia 37 tahun ditemui rentung.

“Proses untuk mengambil mayat dilakukan dan dihantar ke hospital untuk proses selanjutnya,” ujarnya dalam satu kenyataan media, lapor Sinar Harian.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230708 082942 800 x 500 pixel

Apek batu nisan sambung legasi bapa

IMG 20230708 085509 800 x 500 pixel

Jenazah Fikri selamat dikebumikan