in

Ibu tunggal resah sukar dapat kerja walau ada kelulusan

IMG 20230706 111100 800 x 500 pixel
Hairosnita kini mengharapkan kerja mengambil upah menjahit pakaian untuk menampung perbelanjaan keluarganya

KEMAMAN 6 Julai – Seorang ibu tunggal kini dalam keresahan apabila memikirkan kelangsungan hidup dia dan dua anaknya.

Hairosnita Abd Hamid, 46, yang mempunyai ijazah sarjana muda, memaklumkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap buat masa ini.

Dia yang tinggal di Taman Perasing, Jabor, dekat Kemaman memaklumkan hanya mengharapkan upah menjahit untuk meneruskan kehidupan.

“Kerja menjahit baju ini bergantung kepada tempahan diterima, jadi ia hanya boleh membantu meringankan sedikit beban kewangan kami sekeluarga.

“Sekarang tak banyak tempahan, tak menentu juga (tempahan) diterima daripada pelanggan,” katanya ketika menerima kunjungan wakil nasionalkini.my di kediamannya, baru-baru ini.

Hairosnita Abd Hamid

Wakil nasionalkini.my turut menyampaikan sumbangan kepada Hairosnita sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh pasukan nasionalkini.my.

Sementara itu, Hairosnita memberitahu dia sudah memohon pelbagai jenis pekerjaaan sebelum ini, namun belum ada rezeki untuknya dan dua anaknya berusia sembilan dan 10 tahun.

“Sekarang pun saya masih lagi cuba mencari kerja tetap, dah bermacam usaha saya buat dan saya kena kuatkan semangat untuk anak-anak,” katanya.

Wakil nasionalkini.my menyampaikan sumbangan kepada Hairosnita ketika mengunjungi kediaman ibu tunggal itu di Taman Perasing, dekat Jabor, baru-baru ini

Dia juga berharap ada pihak sudi menawarkan kursus atau latihan berkaitan jahitan supaya dapat meningkatkan hasil kerja dilakukannya.

“Kalau bagi saya kerja mengajar kelas Al-Quran dan fardu ain (KAFA) pun boleh, cuma saya tidak pernah diberi peluang oleh mana-mana pihak untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuan saya,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230706 104615 800 x 500 pixel

Kumpulan pertama jemaah haji tiba di tanah air semalam

IMG 20230706 122627 800 x 500 pixel

Pemuda OKU didakwa bunuh bapa