in

Pemuda OKU didakwa bunuh bapa

Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa atas pertuduhan membunuh bapanya di Mahkamah Majistret Bentong di Bentong hari ini - Gambar oleh KOSMO

BENTONG, 6 Julai – Seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Majistret Raub di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya antara 22 Jun hingga 24 Jun lalu.

Tertuduh Kang Kong Chen, 22, yang kelihatan tenang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, lapor KOSMO.

Menurut kertas pertuduhan pada 22 Jun hingga 26 Jun lalu di sebuah unit Flat Purnama di sini tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Kan Kok Chong,64.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Punitha manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebutan semula kes dan tertuduh perlu menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Johor. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Ibu tunggal resah sukar dapat kerja walau ada kelulusan

PM setuju cadangan pengeluaran KWSP berkala