MELAKA, 2 Sept – Peka dengan nasib dihadapi golongan ibu tunggal, seorang pengasas produk kesihatan dan kecantikan di Melaka tampil membantu golongan itu untuk kembali bangkit memulakan kehidupan baharu.
Atas dasar itu, Siti Azlina Mhd Halil, 36, yang sudah berkecimpung hampir 10 tahun dalam bidang perniagaan itu berkata, dia menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnnya 100 wanita dan ibu tunggal mencapai impian mereka.
“Kegagalan dalam rumah tangga tidak seharusnya menoktahkan kehidupan sebaliknya dijadikan pembakar semangat untuk membuktikan wanita mampu menjadi lebih kuat jika dapat menguasai ekonomi keluarga.
“Sebab itu kami menawarkan produk yang mudah dijual kepada ibu tunggal ini termasuklah membantu mereka dari segi teknik pemasaran di media sosial,” katanya kepada nasionalkini.my
Menariknya produk kecantikan dan kesihatan Simply Lynn miliknya dijual pada harga RM99.90 bagi set kecantikan mengandungi lima produk selain Fiberfit dan DetoxFit masing-masing RM39.90 dan DetoxFit, RM59.90.
“InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar, saya dan suami, Mohamed Azzad Mohamed Ali, 38, merancang untuk mengadakan kerjasama dengan persatuan ibu tunggal dalam koperasi di negeri ini.
“Buat permulaan, kita mahu produk tempatan ini dikenali di Melaka sebelum dikembangkan ke seluruh negara menggunakan kekuatan wanita,” katanya.
Sementara itu, ibu tunggal, Siti Nor Fathin Haron Daai, 34, berkata, dia tidak sabar untuk memulakan jualan produk kecantikan Simply Lynn yang pernah dijualnya enam tahun lalu.
“Apa yang menarik, kali ini ia tampil dengan produk untuk melangsingkan badan seperti Fiberfit dan DetoxFit yang pastinya meniadi serampang dua mata untuk ibu tunggal seperti saya.
“Disamping dapat menjana ekonomi keluarga, ia juga dapat menyihatkan badan dan tampil lebih menarik untuk saya lebih yakin membesarkan anak tunggal dengan bekas suami,” katanya. – nasionalkini.my