in

Ibu tunggal 8 anak terharu terima Pencen Penakat Perkeso

WhatsApp Image 2023 06 09 at 9.27.47 PM
Hee Sem menyerahkan cek Pencen Penakat Perkeso kepada Siti Suryati sambil diperhatikan Abd. Razak Omar di rumah emaknya di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, Melaka hari ini.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 9 Jun – Kesukaran hidup dihadapi seorang suri rumah bersama lapan anaknya yang masih kecil selepas kehilangan suami bulan lalu sedikit terubat apabila menerima Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Siti Suryati Sani, 41, berkata, dia bersyukur apabila arwah suaminya itu, Khirul Azlizam Mohamed @ Mohamed Daud, 41, yang meninggal dunia akibat masalah jantung 26 Mei lalu layak menerima pencen terbabit untuk kelansungan hidupnya sekeluarga.

Menurutnya, pencen berjumlah sebanyak RM1,775.42 yang akan diterima setiap bulan itu amat melegakannya untuk menyara hidupnya dan lapan anak berusia antara 11 bulan hingga 15 tahun selepas ini.

“Sekurang-kurangnya dengan pencen ini, dapatlah meringankan sikit beban ditanggung selepas semua duit simpanan habis untuk menampung keperluan waktu suami sakit semasa hayatnya.

“Sejak arwah suami tiada, memang kehidupan kami sekeluarga agak tertekan tambahan pula memikirkan anak-anak yang masih kecil termasuk enam yang masih bersekolah,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di rumah emaknya di Taman Sutera Wangi di sini hari ini selepas menerima kunjungan Skuad Perkeso Prihatin yang menyerahkan cek Pencen Penakat berkenaan di sini hari ini.

Sumbangan disampaikan Exco Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem. Hadir sama, Pengarah Perkeso negeri, Abd. Razak Omar.

Mengulas lanjut, Siti Suryati berkata, buat masa ini dia belum tidak terfikir untuk bekerja kerana perlu menguruskan keperluan harian dan persekolahan enam anaknya yang masih bersekolah.

“Setakat ini, saya tak boleh bekerja lagi kerana perlu utamakan urusan persekolahan anak-anak dahulu tapi mungkin selepas ini jika semuanya berjaya diuruskan saya bersedia untuk bekerja,” katanya.

Sementara itu Abd. Razak berkata, selain menyampaikan Pencen Penakat, Perkeso dengan rakan sinergi Wakalah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menjadikan lapan anak waris sebagai anak angkat.

Nasionalkini pada 29 Mei lalu menyiarkan keperitan hidup yang terpaksa dilalui wanita itu selepas kehilangan suami akibat sakit jantung ketika bekerja sebagai ahli paramedik secara bebas di luar pesisir. – nasionalkini.my.

jerung kaherah

Percutian lelaki Rusia ke Mesir bertukar tragedi ditelan jerung ketika mandi laut

WhatsApp Image 2023 06 09 at 9.58.22 PM

Anna Jobling teraju siri baharu untuk platform  OTT  Indonesia