in

Hasni dilantik penasihat ekonomi Johor

Datuk Ir Hasni Mohammad

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 26 Jun – Bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad dilantik sebagai Penasihat Ekonomi (Pelaburan) Negeri Johor.

Pelantikan Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan Johor (JIC) Tahun 2023 di sini, semalam.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada Hasni atas pelantikan itu.

“Saya yakin dengan pengalaman dan kebijaksanaan beliau, Johor akan bertambah maju dan terus diyakini pelabur,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

minyak panas

Wanita simbah minyak panas ke arah suami ketika tidur nyenyak angkara tuduh dirinya ada hubungan sulit

KL City mara ke final Piala FA