NEW DELHI, 25 Jun – Seorang wanita bertindak kejam dengan menyimbah minyak panas ke arah suaminya yang sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Kampung Madhvi Nagar, New Delhi, baru-baru ini.
Memetik Odishabytes.com, tindakan kejam itu lakukan isterinya yang dikenali Bhawna selepas mangsa, Sunil Dhakad mendakwa dirinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Malah sering berhubungan dengan lelaki lain ketika suaminya keluar bekerja.
Namun Bhawna menafikan tuduhan berkenaan walaupun sebelum itu dia terkantoi selepas berbual dengan lelaki lain melalui telefon.
Kejadian berkenaan menyebabkan suaminya mengamuk sebelum merampas telefon Bhawna, namun wanita itu tidak bertindak balas sebaliknya mendiamkan diri.
Namun ketika Dhakad sedang lena, wanita yang berusia 32 tahun itu membalas dendam dengan menyimbah miyak panas ke arah kemaluan suaminya menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan.
Keadaan itu menyebabkan jiran-jiran berkumpul rumahnya selepas menyedari Bhawna bertindak kejam ke arah suaminya.
Jiran-jiran kemudian menalefon ambulan dan menghantar lelaki itu ke hospital untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun Bhawna pula melarikan diri.
Polis New Delhi kini giat melakukan pencarian wanita berusia 32 tahun ituselpas melarikan diri. – Agensi
“