in ,

Pelajar UA terima terima baucar digital RM300 untuk beli tiket penerbangan

subsidi tiket rm 300
pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik telah bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pelajar universiti awam yang layak menerima bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan boleh menebus baucar digital bernilai RM300, mulai hari ini.

Kementerian Pengangkutan berkata, baucar digital yang berperanan sebagai ‘credit shell’ itu akan dikeluarkan oleh syarikat penerbangan terlibat seperti Malaysia Airlines termasuk MASwings dan FireFly selain AirAsia, Batik Air dan MYAirline.

“Susulan pengumuman pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik.

subsidi tiket penerbangan flysiswa 300x300 1
Bagi  pelajar yang layak mereka  boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana syarikat penerbangan yang disenaraikan.

“Inisiatif itu telah bermula hari ini dan pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi  pelajar yang layak mereka  boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana syarikat penerbangan yang disenaraikan.

Bagaimanapun sekiranya tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing.

“Buat masa ini, pelajar layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023,” jelasnya.

Katanya, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar selepas menerima permohonan berkenaan.

“Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

“Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023.

Namun katanya, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan. – nasionalkini.my

PASFA usaha ladang durian 199 hektar

Ahmad Samsuri angkat sumpah MB Terengganu penggal kedua