KUALA TERENGGANU, 18 Julai – PAS akan mengumumkan senarai calon dan jumlah kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu, Khamis minggu depan.
Pengumuman berkenaan akan dibuat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang kata Setiausaha PAS negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.
“Kita dimaklumkan jumlah kerusi dan nama calon daripada PAS untuk bertanding pada PRN Terengganu akan diisytiharkan pada Khamis minggu depan,” katanya
Pada pengumuman itu nanti, parti itu juga akan mengumumkan calon bakal dipertaruhkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pada 12 Ogos depan. – nasionalkini.my