in

4 cedera MPV langgar kereta kebal

Gambar hiasan

KOTA TINGGI, 10 Ogos – Seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, di sini pada Rabu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata, sejurus menerima panggilan pada jam 8.28 malam, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Punggai dan Sungai Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta kebal milik ATM yang dalam perjalanan balik ke kem Teluk Sepang dipercayai telah berlanggar dengan sebuah kereta Honda Odyssey.

“Terdapat empat mangsa di dalam kenderaan Honda Odyssey mengalami kecederaan.

“Mangsa terdiri daripada tiga kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lima dan empat tahun serta seorang wanita berusia 54 tahun,” katanya dalam kenyataan media hari ini,lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, anggota bertindak memberikan rawatan awal kepada kesemua mangsa sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Bayu Damai dan hospital.

Jelasnya, dua anggota ATM di dalam kereta perisai tersebut dalam keadaan selamat.- nasionalkini.my

hrpz kb

HRPZ Kota Bharu berjaya lakukan prosedur derma organ penderma meninggal dunia

8 sekeluarga pindah akibat banjir kilat