in

Sanusi disiasat dakwa Pulau Pinang milik Kedah

Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan pihak polis telah menyerahkan sebahagian laporan berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Polis telah menyerahkan sebahagian laporan berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah kepada Peguam Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan terhadap kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu dilakukan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

“Saya telah mendapat dokumen termasuk laporan polis yang mengesahkan Menteri Besar Kedah secara tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan kenyataan menuntut Perlembagaan Negara dipinda supaya mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah dan kedua, menyatakan ada asas yang kukuh mengikut undang-undang bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

“Sebagai seorang yang ada kedudukan, kenyataan ini adalah tidak bertanggungjawab dan pihak polis telah mulakan siasatan berdasarkan beberapa peruntukan sedia ada untuk mengambil tindakan yang sesuai menghindari daripada penerusan kenyataan-kenyataan yang melanggar prinsip Perlembagaan dan undang-undang ini.

“Sebahagian laporan telah dikemukakan kepada Peguam Negara, menunggu Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang bersesuaian,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini, lapor KOSMO.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH- Bagan) mengenai tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memadamkan Pulau Pinang supaya boleh dikembalikan kepada Kedah. – nasionalkini.my

Siasat segera isu jual tanah murah

IMG 20230606 WA0005

300 unit rumah PPR ditawarkan setahun