in

Tak perlu debat, Sanusi anggap isu REE sudah selesai

BHMUKHRIZ BHfield image listing featured v2.var 1688550551
ALOR SETAR. 05 JULAI 2023. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengadakan sidang media selepas Mesyuarat exco di Wisma Darul Aman hari ini. STR/SYAHARIM ABIDIN

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor menegaskan beliau menolak pelawaan untuk berdebat berkait isu unsur nadir bumi (REE) kerana ia sudah selesai dan tiada lagi yang perlu didebatkan.

Beliau menyentuh soal pelawaan berdebat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang ditolaknya sebelum ini.

Saifuddin dilihat terus-terusan menyerang Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkait kes kecurian REE yang berlaku di Kedah hingga mengadakan sidang akhbar dan membuat pelbagai dakwaan.

“Semua agensi sudah selesaikan siasatan, kemudian itu dia nak serang sayalah kot. Isu di Kedah ini REE jadi nak calarkan Sanusi ini kita kena bongkar isu REE ini. Nak bongkar apa lagi benda dah selesai?

“Lepas itu depa ajak saya debat dengan Saifuddin, saya kata debat apa benda yang dah selesai? Benda dah selesai orang tak debat dah. Atau pun benda yang masih dalam siasatan pun tak boleh didebatkan. Ini debat politik. Kita jadi kerajaan nak selesaikan masalah, ada agensi, ada jabatan dan ada undang-undang.

“Kerajaan patut bertindak ikut agensi kerajaan. Yang dia ini nak heret perkara-perkara ini jadi isu politik saya rasa tak patut dilayan. Jadi oleh kerana dia ini tak ada kerja, saya layan pi lah sikit-sikit,” katanya ketika bersiaran langsung di TikTok bersama Sir Azri, malam ini.

Mengulas soal dakwaan Saifuddin yang mengaitkannya dengan individu bernama So Loi Fat yang merupakan Pengerusi Prospek Suria Kedah, Sanusi menjelaskan kawasan yang dipohon Prospek Suria dan kawasan yang berlaku kecurian adalah lokasi yang berbeza.

“Prospek Suria Kedah ini JV (usaha sama) dengan MBI (Menteri Besar Incorporated) dan dia (Prospek Suria) plot satu kawasan di Bukit Enggang itu. Kawasan diplot itu masih belum diapa-apakan lagi. Kecurian itu berlaku di luar kawasan yang diplot Prospek Suria.

“Mereka tuduh kecurian yang berlaku dalam kawasan Prospek Suria. Tak betul. Dia tuduh seolah-olah So Loi Fat ini yang curi tapi yang curi, kena dakwa, kena denda ini Cina rakyat Malaysia. Prospek Suria ini JV dengan MBI, MBI ini agensi kerajaan mana boleh buat kerja curi-curi ini semua,” katanya.

123

Cakap elok-elok, sekarang ini saya Perdana Menteri

Anwar Mahathir

Ingat kita akan biarkan Tun terlepas? – PM