in

MP Bukit Gantang umum sokong PM

KUALA LUMPUR, 28 November – Seorang ahli parlimen pembangkang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

“Dengan ini Bukit Gantang mengisiytiharkan menyokong perdana menteri.

“Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat MADANI menangani kenaikan harga dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf,” katanya, lapor BH Online.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada BERSATU iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) pada 12 Oktober lalu, Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) pada 30 Oktober, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) pada 7 November dan Zahari Kechik (Jeli) pada 8 November menyatakan pendirian menyokong Anwar.— nasionalkini.my

IMG 20230724 084639 800 x 500 pixel

ADUN Kuala Sentul puji pendirian Muhyiddin

IMG 20230729 104027 800 x 500 pixel

Kerajaan amal ‘politik rimba’, dakwa Tuan Ibrahim