in

Sambutan Aidiladha 29 Jun ini

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 29 Jun 2023. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi,” menurutnya dalam pengumuman yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini. – nasionalkini.my

Screenshot 2023 06 18 205350

[VIDEO] Seorang maut, puluhan cedera dalam tembakan rambang sambutan Juneteenth di USA

roti anz 1

Warung nasi lemak roti canai A&Z jadi ‘lokasi panas’ tawar pelbagai hidangan di Changkat Jering