in ,

Rogol anak sepupu, warga emas terpaksa habiskan sisi hidup di jel 36 tahun

besut
Hakim Mahkamah Sesyen Besut, Ahmad Fadhli Mahmud membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 70 tahun didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan.

JERTIH, 25 Jun – Seorang warga emas, terpaksa menghabiskan sisa kehidupan di sel  penjara selama 36 tahun selepas didapati bersalah merogol anak sepupunya sendiri kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Besut, Ahmad Fadhli Mahmud membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 70 tahun didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Besut, 10.30 pagi pada pertengahan Mac 2019.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa di alamat sama pada akhir Mac dan Jun 2019.

Bagi setiap kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula hari ini. – nasionalkini.my

kem syed sirajuddin

Bom lempar meletup: anggota TUDM maut, 2 jurulatih parah

SPM jaga

Bayaran petugas, penanda SPM 2022 selesai sebelum 31 Julai depan