in ,

Bapa tiri durjana dipenjara 263 tahun, 20 sebatan

WhatsApp Image 2023 05 15 at 18.12.24
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas 32 tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak tiri perempuannya yang kini berusia 16 tahun, sejak tiga tahun lalu.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 15 Mei – Seorang bapa tiri dipenjara 263 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas 32 tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak tiri perempuannya yang kini berusia 16 tahun, sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh berusia 36 tahun itu dijatuhkan hukuman tersebut sejurus kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara terhadap guru kelas renang itu berjalan serentak secara berperingkat menjadikannya hanya perlu dipenjara selama 35 tahun bermula dari tarikh ditangkap pada 8 April lalu.

Mengikut 11 pertuduhan dibawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 16 tahun.

Tertuduh turut didakwa atas lapan pertuduhan di bawah Seksyen 377CA kanun sama atas pertuduhan melakukan seks menggunakan objek tanpa kerelaan mangsa sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Manakala bagi 12 pertuduhan lagi, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan kerana dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja itu dengan cara memegang anggota sulitnya bagi tujuan seksual.

Tertuduh turut didakwa atas satu pertuduhan dibawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara Januari 2020 sehingga 14 Mac 2023 lalu iaitu sejak mangsa berusia 13 tahun di rumah mereka di Taman Maju, Jasin, Melaka.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin, N. Sivashangari dan Muhamad Nazrin Ali Rahim dalam hujahan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kepada tertuduh.

Ini kerana kesalahan melibatkan anak tirinya yang kini mengalami trauma dan mengalami kebimbangan melampau akibat perbuatannya itu.

Tertuduh yang ditemani isteri sepanjang prosiding bagaimanapun, memohon hukuman ringan dengan alasan anak yang masih kecil, selain isteri yang tidak bekerja.

Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman 263 tahun penjara dan 20 sebatan bagi semua 32 pertuduhan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 15 at 5.20.53 PM

Temu janji perkhidmatan pergigian kini di MySejahtera

MAHKAMAH

Kalimah Allah: Teliti semula keputusan, penjelasan penuh perlu diberikan