in

RM501.46 juta untuk projek tebatan banjir di Pahang

345646917 578761767668578 3025200720251814342 n
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, V. Arumugam berkenaan perkembangan projek tebatan banjir di seluruh negeri Pahang, khasnya di Daerah Bentong semasa Pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

KUANTAN, 9 Mei – Kerajaan Negeri sedang melaksanakan beberapa projek Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir daripada berulang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM501.46 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, empat daripada projek ini telah pun mendapat kelulusan manakala selebihnya sedang dalam peringkat reka bentuk.

“Antaranya ialah RTB Pekan Fasa ii – Parcel 2 iaitu pembinaan levee Sungai Pahang serta kerja berkaitan; Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan Pakej 1 iaitu menaiktaraf Sungai Belat dan membina struktur pencegah banjir serta kerja berkaitan.

“PLSB Sungai Kuantan Pakej 3 iaitu dengan membina ban pencegah banjir di Perkampungan Cenderawasih seta mempertingkatkan ban sedia ada di Perkampungan Sungai Isap serta kerja berkaitan; dan RTB Sungai Semantan Temerloh Fasa 1 serta kerja berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, V. Arumugam berkenaan perkembangan projek tebatan banjir di seluruh negeri Pahang, khasnya di Daerah Bentong semasa Pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Tambah beliau lagi, terdapat tiga projek yang sedang dalam peringkat reka bentuk dan pelantikan kontraktor dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM168.7 juta.

Menurut beliau lagi, bagi daerah Bentong pula, kerajaan kegeri telah membuat kertas permohonan cadangan Rancangan Tebatan Banjir Daerah Bentong secara ‘off-budget’ kepada Kerajaan Persekutuan dengan anggaran kos sebanyak RM410 juta pada tahun 2022 dan sehingga kini cadangan projek ini masih dalam tindakan Kerajaan Persekutuan. – nasionalkini.my

305fbc94 ee04 4143 a6c6 1603a11594ba

Citaglobal raih kontrak KDVT 2 bernilai RM261 juta

WhatsApp Image 2023 05 09 at 4.19.12 PM 1024x683 1

Pahang terima RM11.01 bilion pelaburan tahun lalu