in

Citaglobal raih kontrak KDVT 2 bernilai RM261 juta

305fbc94 ee04 4143 a6c6 1603a11594ba
Citaglobal - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR 9 Mei – Citaglobal Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Citaglobal Engineering Services Sdn. Bhd. meraih kontrak bernilai RM261 juta membabitkan projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2).

Kumpulan menerima surat anugerah daripada Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA), yang merupakan kontraktor utama KDVT, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

Di bawah kontrak itu, skop kerja Citaglobal merangkumi pembekalan, penghantaran, pembinaan, menyiapkan dan menyelenggara jambatan, pembetung, saliran dan kerja-kerja pagar yang merupakan sebahagian daripada projek KVDT 2.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria berkata, perolehan itu membolehkan kumpulan memainkan peranan penting dalam pembinaan KVDT 2.

“Kami akan berusaha untuk menyiapkan projek ini dalam garis masa yang ditetapkan. Dengan kontrak terkini ini, ia juga menandakan nilai kontrak kumpulan menghampiri paras RM1 bilion.

“Ini secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi keterlihatan pendapatan syarikat,” katanya yang juga pemegang sahan utama Citaglobal.

Kerja-kerja bagi kontrak tersebut akan bermula pada 1 Jun 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Citaglobal menjangkakan kontrak itu menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan sesaham dan aset bersih kumpulan.

Projek itu adalah usaha pemulihan rel yang meliputi rangkaian landasan berkembar elektrik sepanjang 265 kilometer di Lembah Klang.

KDVT 2 meliputi Salak Selatan hingga Seremban dan dari Simpang Pelabuhan Klang hingga Pelabuhan Klang. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 09 at 15.49.55

Kebun Kerang: Hampir 200 nelayan Melaka mampu jadi T20

345646917 578761767668578 3025200720251814342 n

RM501.46 juta untuk projek tebatan banjir di Pahang