in

Pahang peruntukan RM8,865,900 untuk BPP Kluster Siswa

Screenshot 2023 07 23 214956
Program Bantuan Prihatin Kluster Siswa.

RAUB, 23 Julai – Kerajaan Negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang (YP) memperuntukan RM8,865,900 bagi program Bantuan Prihatin Kluster Siswa.

Menurut Timbalan Bendahari Majlis Mahasiswa Anak Pahang, Muhamad Arif Fitri Bin Mohd Shawaluddin, insentif ini bertujuan untuk membantu meringankan sedikit sebanyak beban mahasiswa anak Pahang di IPTA dan IPTS milik Kerajaan Negeri Pahang

Jelasnya lagi, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersetuju menaikkan jumlah bantuan dari RM200 (tahun lalu) kepada RM300 yang dapat dinikmati oleh mahasiswa anak pahang melalui Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2023. “Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa merupakan salah satu insentif Kerajaan Negeri Pahang yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Pahang melalui Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2023.

“Ini semua berkat daripada keprihatinan kerajaan Negeri Pahang kepada Mahasiswa, peruntukan untuk Bantuan Prihatin Pahang telah dinaikkan dari RM200 (tahun lalu) kepada RM300 yang dapat dinikmati oleh mahasiswa anak pahang.

“Insentif ini memperuntukkan sejumlah RM 8,865,900 yang dijangka dapat memberikan manfaat kepada lebih kurang 29,553 mahasiswa di IPTA dan IPTS milik Kerajaan Negeri Pahang melalui Bantuan Tunai One Off berjumlah RM 300 sahaja bagi setiap pelajar. “Insentif ini bertujuan untuk membantu meringankan sedikit sebanyak beban mahasiswa anak Pahang di IPTA dan IPTS milik Kerajaan Negeri Pahang agar mereka dapat belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga tamat pengajian dan seterusnya dapat menyumbangkan bakti untuk keluarga, negeri dan juga negara.” katanya memetik laporan SuaraTV.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy telah menyampaikan cek Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa berjumlah RM8,865,900 kepada Majlis Mahasiswa Anak Pahang pada Majlis Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Raub, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Arif Fitri yang mewakili mahasiswa anak Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang atas keprihatinan memberikan insentif kepada kami semua.

SPRM tahan pasangan suami isteri kes salah guna kuasa

1690121536330387 0

Salahuddin Ayub meninggal dunia