in

Lepaskan tekanan bersama go-kart

Gambar oleh Speed Track Legacy

KUANTAN, 12 November – Jika anda inginkan sesi riadah yang mencabar tapi menyeronokkan, boleh cuba permainan go-kart di tempat letak kereta Megamall, dekat sini.

Beroperasi setiap hari, litar go-kart itu dibuka dari jam 3 petang hingga 11.30 malam untuk hari Isnin hingga Jumaat.

Bagi hari Sabtu, Ahad dan cuti umum pula, ia dibuka bermula jam 1 petang hingga jam 11.30 malam.

Litar itu menggunakan kawasan letak kereta tingkat empat pasar raya berkenaan.

Bukan hanya untuk golongan dewasa, pihak pengurusan Speed Track Legacy juga menyediakan kereta go-kart untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.

Selain go-kart, tempat itu juga menyediakan permainan lain yang sesuai untuk kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian 014-8179861 melalui WhatsApp.- nasionalkini.my

Kembara rentas benua promosi Borneo dan Malaysia

Ahli PKR kini lebih 1 juta