in ,

PRN: KDN, PDRM pantau lokasi panas, pastikan perjalanan lancar

lancar
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata, pihaknya telah memantau lokasi panas yang sudah dikenal pasti di enam negeri.

KUALA TERENGGANU, 24 Jun – Semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada dalam keadaan siap siaga untuk memastikan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi lancar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata ini termasuk memantau lokasi panas yang sudah dikenal pasti di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan negeri Sembilan.

Beliau berkata, pihaknya yakin kekuatan yang ada khususnya pada PDRM mampu untuk mengawal sebarang situasi sepanjang PRN.

“Kita mempunyai pengalaman cukup lama dalam menghadapi pilihan raya, sudah tentu PDRM khususnya di Terengganu dan negeri-negeri lain dan di peringkat Bukit Aman telah membuat persediaan

“Kita berkeyakinan dengan keupayaan yang kita ada sebagaimana diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang kita telah berada pada tahap siap siaga dalam menghadapi pilihan raya,” katanya seperti dipetik Berita Harian, hari ini.

Sebelum ini, PDRM dilapor mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri yang akan terbabit dengan PRN.

Daripada jumlah itu, Selangor memiliki kawasan panas tertinggi iaitu sebanyak 70 lokasi, diikuti Terengganu (66), Kedah (20), Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing 16, serta dua lokasi di Pulau Pinang.

Turut dilaporkan kira-kira 40,000 anggota dan pegawai PDRM bakal ditugaskan bagi mengawal keselamatan dan kelancaran PRN di enam negeri. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 24 at 8.53.55 PM

Nilai semula pendirian kerajaan tak tambat ringgit, pengguna bakal jadi mangsa

rekrut

Kumpulan pengganas PPK rekrut lebih 1,000 kanak-kanak untuk dihantar ke Syria