GENEVA, 24 Jun – Lebih 1,000 kanak-kanak direkrut oleh Parti Pekerja Kurdish (PPK), sebuah organisasi pengganas yang diharamkan di Amerika Syarikat (AS), Turkiye, dan Kesatuan Eropah (EU) sepanjang tahun lalu.
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 32 kanak-kanak yang berusia seawal 11 tahun direkrut dan dihantar di Iraq.
Setiausaha Agung PBB,Antonio Guterres dalam laporan melahirkan kebimbangan dengan penyalahgunaan tenaga kanak-kanak berkenaan.
“Saya amat bimbang dengan pengambilan dan penggunaan kanak-kanak oleh PKK.
Saya menggesa mereka untuk tamatkan pengambilan dan penggunaan kanak-kanak dan bebaskan semua kanak-kanak daripada penganiayaan tersebut,” katanya.
Sehingga kini, terdapat lebih 2,438 kes melibatkan pelanggaran berat yang dibuat terhadap 2,407 kanak-kanak di Syria.
Seramai 1,696 kanak-kanak di Syria telah direkrut dan digunakan kebanyakannya oleh PPK dan kumpulan bersenjata lain.
Malah di Syria, PPK merekrut 637 kanak-kanak manakala 633 kanak-kanak lagi turut direkrut oleh YPG dan empat lagi oleh komponen lain SDF. – Agensi