in ,

Nilai semula pendirian kerajaan tak tambat ringgit, pengguna bakal jadi mangsa

WhatsApp Image 2023 06 24 at 8.53.55 PM
kerajaan mengambil pendirian untuk tidak menambat ringgit seperti dilakukan pada tahun 1998 dalam usaha menangani masalah penyusutan nilai mata wang berbanding dolar AS.

Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 24 Jun – Kerajaan digesa supaya menilai semula pendirian untuk tidak menambat ringgit seperti mana yang pernah dilakukan pada tahun 1998 ekoran daripada kegawatan ekonomi.

Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) perlu diambil perhatian serius kerana melibatkan ekonomi negara.

Kegagalan menangani masalah ini akan memberi impak besar terutama melibatkan harga import yang mana ia pada akhirnya bakal menyebabkan rakyat sebagai pengguna terjejas teruk.

abu vs ahmad
Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) perlu diambil perhatian serius kerana melibatkan ekonomi negara.

“Kita tak boleh biarkan begitu kerana ia melibatkan ekonomi secara keseluruhan terutamanya dari segi import. Import kita bertambah mahal, jadi kita kena bayar lebih… kesudahannya siapa kena tanggung, penggunalah.

“(Bank Negara) kena buat pemantauan, kena tentukan paras mana (ringgit), kalau perlu dibuat penambatan, kita buat penambatan. Namun bukanlah selamanya, mungkin ada had tertentu,” katanya ketika dihubungi Nasionalkini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengambil pendirian untuk tidak menambat ringgit seperti dilakukan pada tahun 1998 dalam usaha menangani masalah penyusutan nilai mata wang berbanding dolar AS.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini berikutan kerajaan menjangkakan berlaku beberapa kesan buruk kepada rakyat sekiranya ringgit ditambat.

Jelas beliau, antaranya negara bakal hilang keupayaan meneruskan dasar monetari dan memaksa Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke tahap sama seperti kadar faedah AS yang kini di ambang 5.00-5.25 peratus.

Prof Abu Sofian berpandangan, pendekatan untuk menambat ringgit untuk satu jangka masa tertentu wajar dipertimbangkan bagi mengurangkan kesan buruk kepada ekonomi dan rakyat.

Pada masa sama, beliau mencadangkan kerajaan untuk merancakkan ekonomi tempatan melalui beberapa dasar atau tawaran menarik bagi mengurangkan kebergantungan kepada barangan import.

“Kita perlu naikkan ekonomi tempatan dengan memudahcarakan, beri pinjaman untuk modal pusingan.

“Galakkan pertumbuhan atau pembinaan kilang-kilang baharu yang mana boleh menggantikan barang yang sebelum ini kita import,” katanya lagi. – nasionalkini.my

salehuddin ayub

Pakej Rahmah ITTV e- Learning, pakej perintis pertama di negara ini

lancar

PRN: KDN, PDRM pantau lokasi panas, pastikan perjalanan lancar