in

Polis tahan pengasuh disyaki dera bayi lelaki

logo polis 2 1651832730
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU, 13 MEi – Polis menahan seorang pengasuh kerana disyaki mendera bayi lelaki jagaannya yang berusia tujuh bulan di sekitar Taman Universiti di sini, semalam.

Memetik laporan BH, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh, berkata wanita tempatan berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya, selepas satu laporan polis dibuat oleh ibu bayi berkenaan jam 4.30 pagi, semalam.

Beliau berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan pada Khamis lalu, dan pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

“Mangsa masih di bawah pemerhatian pihak HSA dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Siasatan awal mendapati wanita itu menafikan mendera mangsa. Dia juga pernah dituduh di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membabitkan penderaan terhadap seorang kanak-kanak lain pada 2021. Kes itu masih dalam proses perbicaraan di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.- nasionalkini.my

bas ekspres kuala kangsar 1683960623

Bas mengundur 700 meter di Terowong Menora

WhatsApp Image 2023 05 13 at 17.16.52

UMP dan UMW tanam 2,000 pokok bakau di Cherating