in ,

Suami ‘pergi’ di saat teruja menunggu kelahiran anak sulung

perkeso trg 2
Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin, bagi menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat di rumah keluarga arwah suami di Kampung Che Hassan, Gelugor Kedai, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU, 11 Jun – Keterujaan sepasang suami isteri untuk menyambut kehadiran anak sulung Oktober depan tidak kesampaian apabila suaminya terkorban dalam kemalangan jalan raya, Khamis lalu.

Kini Nor Syazana Norizan @ Ramli terpaksa meneruskan kehidupan sendiri selepas suaminya Muhammad Amir Izuan Sulong meninggalkan dirinya selama-lamanya.

Berkongsi kenangan, Syazana berkata, suaminya paling teruja selepas mengetahui dirinya berbadan dua, Mac lalu dan tidak sabar untuk menunggu kelahiran pertama selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

“Dia menjaga saya seperti seorang puteri dan setiap hari mengajak saya ke bandar membeli kelengkapan bayi walaupun belum tahu bayi dalam kandungan ini lelaki atau perempuan,” katanya.

Perkongsian itu dibuat  ketika menerima kunjungan Pengarah PERKESO Terengganu, Farihah Che Husin, bagi menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat di rumah keluarga arwah suami di Kampung Che Hassan, Gelugor, Kuala Terengganu, hari ini.

Nor Syazana berkata, suaminya yang bekerja sebagai mekanik meninggal dunia selepas Perodua Kancil dipandunya secara tiba-tiba melanggar sebuah jentolak ketika dalam perjalanan urusan kerja di Gong Badak, Kuala Nerus.

Lebih pilu, pemergian suami tercinta itu berlaku selepas genap tiga tahun melayari kehidupan berumah tangga. -nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 11 at 5.42.51 PM

Eizlan Yusof sertai PAS

anwar

PM mohon maaf tiba lewat sejam di program rasmi akibat pesawat rosak