in

Anwar ucap takziah kepada mangsa, keluarga insiden pesawat terhempas

IMG 20230817 173606 800 x 500 pixel
Gambar oleh NSTP

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, pada 2.40 petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan keluarga mangsa terlibat untuk tabah menghadapi dugaan itu.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi.

“Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut termasuk seorang kenamaan dalam nahas pesawat itu.

Menurut Hussein, lapan daripada mereka ialah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi adalah orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang menggunakan laluan sama di tempat kejadian.- nasionalkini.my

IMG 20230817 202545 800 x 500 pixel

Court Soccer cuba nasib Kedah

pesuruhjaya Pas pahang

PAS Pahang zahir takziah pemergian ADUN Pelangai, sifatkan Allahyarham pemimpin komited