in

PM bincang isu gaji graduan minggu depan

ezgif.com webp to jpg 8 2
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

BUKIT MERTAJAM, 5 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar gaji lepasan ijazah merosot ke paras minimum antara isu yang akan dibincangkan minggu hadapan.

Perbincangan itu akan dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Gaji dan Pencen Penjawat Awam yang akan dipengerusikan beliau.

“Semua perkara ini kita akan ambil kira dan sudah dijelaskan. Umumnya kadar upah atau gaji penjawat awam rendah, termasuk polis serta tentera, termasuk yang tidak berpencen.

“Secara tradisinya sebelum ini, adalah untuk mengadakan penyelarasan (gaji) setiap 10 tahun. Namun, kini sudah menjangkau 12 tahun jawatankuasa itu tak bermesyuarat.

Ini semua kita akan masukkan (pada mesyuarat minggu hadapan) dan insya-Allah penyelarasan gaji tertakluk kepada keupayaan ekonomi. Kita naikkan secara berperingkat,” katanya seperti dilapor Bh Online, hari ini.

Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dilaporkan bimbang melihat kecenderungan gaji permulaan lepasan ijazah di negara ini tidak jauh beza berbanding paras gaji minimum pekerja tidak mahir, iaitu RM1,500 sebulan.

Rafizi dipetik menegaskan, apabila ada paras minimum terbabit, gaji permulaan lepasan ijazah sepatutnya naik lebih tinggi untuk menjarakkan daripada kedudukan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika berucap pada persidangan PERKEM Ke-16, menggesa semua kepakaran dimiliki institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara diangkat bersama-sama dalam Kerajaan Persekutuan bagi memacu kemajuan lebih pesat.

Kerajaan Pahang junjung titah Tengku Hassanal

muis

MUIS cadang  Penasihat Undang-Undang negeri sembah nasihat Sultan berhubung kes Iki Putra