in

MUIS cadang  Penasihat Undang-Undang negeri sembah nasihat Sultan berhubung kes Iki Putra

muis
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) Datuk Zamri Hashim berkata, pihaknya sangat bimbang terhadap kesan keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan menyambung perbicaraan kes Iki Putra pada 17 Ogos ini

IPOH, 5 Ogos – Penasihat Undang-Undang di setiap negeri selain Penasihat Undang-Undang Majlis Agama Islam Negeri  disaran menyembah nasihat yang sewajarnya bagi memberi gambaran tepat kepada Sultan di negeri masing-masing berkaitan perkembangan kes Iki Putra Mubarak.

Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) Datuk Zamri Hashim berkata, pihaknya sangat bimbang terhadap kesan keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan menyambung perbicaraan kes Iki Putra pada 17 Ogos ini yang mencabar keabsahan Enakmen Jenayah Syariah sekiranya pihak yang mencabar berkenaan menang.

“Ini bermaksud jika pihak pencabar diberi kemenangan, pihak berkuasa negeri tidak boleh menggubal undang-undang jenayah syariah seperti kesalahan berjudi, minum arak, berzina dan sebagainya kerana undang-undang berkaitan jenayah dikatakan sebagai bidang kuasa Persekutuan.

“Maka undang-undang jenayah syariah yang sedang terpakai sekarang di setiap negeri adalah disifatkan tidak berperlembagaan dan tidak terpakai.

“MUIS berpandangan situasi ini menyentuh kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam negeri dan akan menyempitkan kuasa mahkamah-mahkamah syariah di setiap negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru MUIS menggesa umat Islam merentas ideologi politik, kumpulan, dan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam agar melupakan perbezaan sesama sendiri dan segera bersatu padu demi memperjuangkan keabsahan undang-undang jenayah syariah.

“MUIS berkeyakinan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang juga mantan Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sedar akan perkara ini dan mengambil langkah sewajarnya demi kelangsungan undang-undang syariah di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Iki Putra didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi, Selangor namun disebabkan tidak berpuas hati dengan pertuduhan itu, dia mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) 1995 dengan mendakwa negeri atau Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat.

Kes Iki Putra akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 17 Ogos ini bagi mencabar kesahihan enakmen jenayah syariah. – nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 8 2

PM bincang isu gaji graduan minggu depan

Batik karya anak istimewa