in

Pembenihan awan jika ada keperluan

cuaca 2 2
Gambar hiasan

MACHANG, 11 Mei – Kerajaan hanya akan melakukan proses pembenihan awan sekiranya ada keperluan dan mendapat permohonan daripada mana-mana negeri.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata proses pembenihan awan mempunyai mekanisme tertentu.

“Untuk proses pembenihan awan, ia dilakukan apabila ada keperluan. Macam di Pulang Pinang dibangkitkan keperluan pembenihan awan, maka ia dibantu Kerajaan Persekutuan.

“Kalau ada keperluan, kita akan aturkan. Bergantung kepada permohonan negeri kerana dia ada mekanisme tertentu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Townhall Madani di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan dan rakyat perlu bersama-sama melakukan persediaan awal bagi menghadapi fenomena El-Nino kuat yang diramal Jun ini, bagi meminimumkan impak fenomena itu. – nasionalkini.my

20230511 110159 scaled

JKM Melaka guna kod QR mudahkan aduan

WhatsApp Image 2023 05 11 at 4.05.47 PM

Stesen LRT Bandaraya kembali beroperasi, esok