in

Stesen LRT Bandaraya kembali beroperasi, esok

WhatsApp Image 2023 05 11 at 4.05.47 PM

KUALA LUMPUR 11 Mei – Perkhidmatan operasi tren di enam stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang melibatkan Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, WTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan dibuka semula kepada pengguna bermula pukul 6 pagi, esok.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berkata, pembukaan semula itu dibuat berikutan kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya telah selesai.

“Tren-tren yang perlu menjalani proses penyelenggaraan telah dibawa ke depoh LRT di Ampang dan tren gantian akan digunakan bagi tujuan perkhidmatan operasi itu, ” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook agensi itu hari ini.

Operasi perkhidmatan LRT di enam stesen terbabit telah diberhentikan sejak April lalu.

WhatsApp Image 2023 05 11 at 4.05.55 PM
Stesen LRT Bandaraya kembali beroperasi, esok 3

Ini kerana tren-tren yang beroperasi tidak dapat memenuhi kriteria pengoperasian dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

Kata kenyataan itu, serentak dengan pembukaan  stesen-stesen tersebut, perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 akan ditamatkan.

“Kerja- kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan akan siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober ini. Seterusnya operasi perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling akan kembali beroperasi secara normal,” katanya.

Jelas kenyataan itu, bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid Rail akan mengaktifkan semula perkhidmatan bas perantara percuma (Bas LRT 10) yang akan menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya akibat daripada gangguan perkhidmatan antara kedua-dua stesen berkenaan.

“Penumpang juga mempunyai pilihan untuk menggunakan laluan rel alternatif yang mana penumpang yang ingin menuju ke Stesen Hang Tuah, boleh menaiki laluan Monorel KL melalui Stesen Titiwangsa,” katanya. – nasionalkini.my

cuaca 2 2

Pembenihan awan jika ada keperluan

346075383 2507953576023601 2098672305304047283 n

Permaisuri terima kunjungan bekas Perdana Menteri Britain