in ,

Tawaran Muhyiddin: Khairy akan beri jawapan segera

Untitled design 2 1
Khairy Jamaluddin bakal menamat teka-teki selepas bersedia memberi jawapan sama ada menerima tawaran sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bakal menamat teka-teki selepas bersedia memberi jawapan  sama ada  menerima  tawaran  sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat.

Malah akuinya tidak adil untuk membiarkan pihak yang membuat tawaran menunggu terlalu lama.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keputusan yang dibuat itu akan dimaklumkan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.

“Dalam masa terdekat saya akan sampaikan keputusan kepada Muhyiddin,” katanya selepas program Designing the Future bertajuk ‘What’s Next For Malaysia’ yang diadakan di UCSI University Campus Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan Khairy supaya tidak terlalu lama mempertimbangkan tawaran dikemukakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Malah, Ahmad Faizal turut menyifatkan Khairy sebagai seorang pemimpin yang boleh memainkan peranan penting.

Pada masa sama, Ahmad Faizal percaya Khairy mengetahui bahawa Perikatan Nasional (PN) merupakan wadah masa hadapan untuk negara.

Isnin lalu, Khairy dalam siri podcast ‘Keluar Sekejap’ berkata, beliau masih memerlukan masa untuk membuat keputusan mengenai tawaran sebagai ahli MPT Bersatu yang ditawarkan Muhyiddin. -nasionalkini.my

348834260 1651008578700681 7030428584638381819 n

Pelajar tinggalkan kolej kerana kesempitan hidup dapat perhatian Ahmad Said

might 1 1

Kolaborasi MIGHT dan Yayasan LTAT tingkat kemahiran veteran, anak warga ATM