in

481 Pelajar tingkatan enam, kolej vokasional di Terengganu terima inisiatif Rintis Tanpa Tunai

BANTUAN pelajar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub (tiga dari kiri) menyerahkan replika Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada salah seorang pelajar pada Program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan di Kuala Terengganu, hari ini.

Oleh: Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU, 18 Julai – Seramai 481 pelajar tingkatan enam dan kolej Vokasional di negeri  dipilih sebagai perintis bagi pelaksanaan program  Outreach Sara HIdup di bawah Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai di negeri ini.

Kesemua pelajar berkenaan terdiri daripada  256 pelajar dari Kolej Tingkatan Enam dan 225 pelajar Kolej Vokasional Kuala Terengganu .

Bantuan berkenaan bertujuan membantu pelajar membeli jalur lebar mudah alih (broadband) serta menampung kos pengangkutan sepanjang mereka dalam pengajian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata, pelajar tersebut diberikan bantuan sebanyak RM50 seorang selama tiga bulan berturut-turut menjadikan jumlah keseluruhan RM150 seorang.

“Sehingga kini seramai 3,176 pelajar di seluruh negara  telah menerima bantuan berkenaan dan Terengganu adalah lokasi kelapan dipilih menyertai program tersebut selepas ia dilancarkan pada 2021.

Ia juga merupakan sebahagian daripada 5,176 pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional di seluruh negara melibatkan peruntukan hampir RM800,000 pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas  merasmikan Program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan di bawah Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu, hari ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, bantuan tersebut dilaksanakan oleh KPDN dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan yang merupakan Pengerusi Kluster Pendidikan.

“Lebih 80 peratus pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional yang terdiri daripada keluarga B40 menerima bantuan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN akan terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.- nasionalkini.my

lra pam lama

Kerja-kerja penggantian pam usang, lama di LRA Pahang mampu jimat elektrik

bendera pas

PAS umum nama calon bertanding PRN, khamis depan