in ,

PAS pertahankan naratif sejarah Pulau Pinang adalah milik Kedah

WhatsApp Image 2023 06 07 at 8.42.28 PM
Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, PAS menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 7 Jun – PAS Kedah menegaskan bahawa mempertahankan naratif sejarah Pulau Pinang adalah milik Kedah bukan perlakuan jenayah malah tiada merit untuk mengklasifikannya sebagai suatu bentuk hasutan.

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, PAS juga menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Jelas beliau, pemilikan Pulau Pinang oleh Kedah adalah fakta sejarah tidak boleh diputarbelitkan malah mempunyai sokongan kajian yang kukuh.

“Perdana Menteri tidak harus secara berterusan mempolitikkan isu ini. Kecaman dan tekanan yang dihamburkan terhadap Kedah bertitik tolak daripada dendam kekalahan besar PH dalam PRU-15.

“Kerajaan negeri Kedah telah berulang kali menuntut hak pajakan Pulau Pinang, penyelesaian isu caj air mentah serta kelulusan projek Kedah Aerotropolis.

“Malangnya kesemua ini sengaja didiamkan serta dilengahkan tidak sebagaimana pantasnya Perdana Menteri tersinggung dengan isu pemilikan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad menegaskan, PAS Kedah turut berpegang kepada pendirian isu ini tidak harus disamakan dengan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah mahupun hubungan Siam dengan Kedah.

Katanya, isu Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan pada hari ini tidak melibatkan kedaulatan sempadan negara.

“Oleh itu, PAS Kedah yakin bahawa membahaskan fakta sejarah bukan suatu kesalahan jenayah. Hakikatnya, sememangnya terdapat usaha membunuh karakter seorang yang bernama Sanusi.

“Mereka lebih berminat menjatuhkan MB Kedah berbanding berbahas soal sejarah,” katanya lagi. -nasionalkini.my

sufi

Bapa muda rayu sumbangan selamatkan si kecil diuji penyakit genetik, perlukan RM9.2 juta

isaac

Hans Isaac antara 16 dilantik anggota baharu PSM sesi 2023/2025