in ,

PAS gesa Anwar mohon maaf dakwa PN terima dana syarikat judi

WhatsApp Image 2023 05 26 at 9.20.17 PM 1
Ketua Penerangan PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan dan mendapati tuduhan terlalu umum serta tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan itu.

Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 26 Mei – PAS menggesa satu permohonan maaf dibuat berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan dan mendapati tuduhan terlalu umum serta tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan itu.

“Lontaran tuduhan itu asalnya dibuat PMX selepas beberapa minggu menerajui kerajaan. Kami menggesa PMX memohon maaf secara terbuka,” katanya, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, SPRM tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa PN menerima dana daripada syarikat perjudian seperti mana didakwa.

Katanya, SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, SPRM mendapati maklumat tersebut terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen pilihan raya umum yang lalu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemungkinan PN memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

PAS menyifatkan mustahil untuk PN menerima dana politik dari tauke dan syarikat judi ketika parti itu tegas menutup tempat perjudian, malah pernah dituduh Taliban. -nasionalkini.my

mou 1 1

MOSTI-MYSA memeterai MoU memperkasa  penggunaan teknologi angkasa 

WhatsApp Image 2023 05 26 at 9.21.13 PM

Polis Evo atasi Fast X, kutip RM3.4 juta pada hari pembukaan