in

Op Lancar mula hari ini

Op Lancar ini berperanan dalam memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua lebuh raya utama - Gambar oleh Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Julai sempena perayaan Aidiladha.

JSPT dalam kenyataan malam tadi memaklumkan operasi berkenaan adalah bagi memastikan aliran trafik bergerak dengan baik di seluruh negara.

“Op Lancar ini berperanan dalam memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur dan lebuh raya yang menghubungkan negeri dan daerah seperti jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran.

“Selain itu, persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangkakan berlaku kesesakan (hotspot) yang melampau turut dipantau bagi memberi keselesaan pergerakan lalu lintas,” menurut kenyataan itu lapor Bernama.

JSPT memberikan peringatan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa bekerjasama, berhemah, berhati-hati dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan bagi mengelak kemalangan berlaku.– nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Risiko COVID-19 masih ada

Jalan Simpang Pulai-Blue Valley runtuh