in

Polis kutip saman RM302.43 juta

IMG 20230722 083754 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 25 September – Polis menyumbangkan kutipan saman berjumlah RM302.43 juta kepada perolehan negara bagi tempoh lapan bulan tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, jumlah tersebut meningkat hampir 136 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM127.87 juta.

Beliau berkata, antara penyumbang kepada kutipan terbesar itu adalah pelaksanaan sistem pembayaran menggunakan aplikasi MyBayarSaman yang dilihat mesra pelanggan dan tidak perlu bersusah payah membayar di kaunter.

“Pada tahun 2022 melalui sistem MyBayarSaman, JSPT berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM37.59 juta dengan 207,217 saman.

“Berbeza dengan tahun ini, JSPT merekodkan sebanyak RM169.28 juta dengan membabitkan 2,436,732 saman.

“Kita di JSPT bukan pengutip hutang tetapi lebih kepada mahu mendidik pengguna jalan raya dengan kesalahan yang telah mereka lakukan dan sedar dengan kesalahan tersebut,” katanya dalam sidang media, lapor Sinar Harian.

Mat Kasim berkata, semakan mendapati pembayaran saman melalui aplikasi MyBayarSaman bagi tahun lepas melibatkan 1,338,956 pengguna.

Bagi tahun ini sehingga Ogos, kata beliau, JSPT merekodkan sebanyak 1,106,734 pengguna melunaskan bayaran menerusi aplikasi itu.- nasionalkini.my

IMG 20230814 181421 800 x 500 pixel

MAS perkenal laluan baharu ke Indonesia

IMG 20230925 223649 800 x 500 pixel

Amizar tekad tingkat akses pendidikan Orang Asli